top of page

Perkhidmatan

​"Education is the most powerful weapon which   you can use to change the world". Nelson Mandela
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Al-Fitrah  [ JKMM : S/TI/036-2013 ]

 

  • Menyediakan perkhidmatan asuhan dan penjagaan bagi kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan hingga 3 tahun.

  • Perkhidmatan disediakan setiap hari kecuali hari kelepasan am (Sabtu & Ahad) dan cuti umum.

  • Mula beroperasi seawal jam 6.30 pagi hingga 5.30 petang. *namun ibubapa boleh meminta perkhidmatan pada hari Sabtu dengan notis pemberitahuan awal.

  • Kadar yuran adalah mengikut kategori umur serta masa perkhidmatan.

             Pilihan Perkhidmatan ;-

                                                          1.   6.30 am   - 1.30 pm 

                                                          2.   7.30 am   - 2.00 pm 

                                                          3.   11.30 am - 5.30 pm 

                                                          4.   7.30 am   - 5.00 pm

                                                          * Bagaimanapun, masa perkhidmatan boleh 'diminta'  selain dari masa perkhidmatan yg di tawarkan di atas mengikut persetujuan Pengusaha.

​Tadika Al-Fitrah Sinar Cahaya [ KPM : X5A5021 ]
​

  • Sebuah pra-sekolah dibawah Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut silibus kebangsaan.

  • Pendidikan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun

  • Masa persekolahan adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

 

KURIKULUM PRASEKOLAH

 

Matlamat utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah untuk memastikan perkembangan pelajar yang menyeluruh, bersepaduan seimbang. Bagi mencapai tujuan ini, Kementerian Pelajaran memberi tumpuan terhadap dua pertimbangan utama dalam menggubal kurikulum prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara empat tahun hingga enam tahun, iaitu;

 

  • Melengkapkan golongan kanak-kanak dengan pengalaman kehidupan seharian yang selaras dengan tahap perkembangan mereka.

  • Membekalkan asas persediaan untuk menjalani pendidikan formal kelak.

 

Justeru itu, Tadika Al-Fitrah menggunakan kombinasi konsep kurikulum iaitu Konsep Agama, KBSR, dan 3M.

 

  1. Konsep Agama

  • Mengenal diri dan kesihatan

  • Akhlak (Tauhid, Ibadat dan Sirah)

  • Bacaan asas Al-Qur’an melalui kaedah Barqi dan Iqra

  • Penekanan latihan dan bacaan jawi

  • Asas mengira, tulisan dan membaca

  • Hafazan surah dan doa

  • Asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

  • Latihan Sembahyang setiap hari

 

   2.  Konsep KBSR

  • Asas bacaan – Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

  • Asas mengira – Matematik

  • Asas kemahiran hidup dan mereka cipta

  • Asas Pendidikan Islam/Moral

  • Asas Pendidikan Seni

  • Asas Pendidikan Muzik

  • Asas Sains

  • Asas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

  • Kelas Agama dan Fardhu ‘Ain

 

   3.  Konsep 3M

  • Penekanan terhadap kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira

Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Fitrah [ JHAEINS : 200-0/12/171 ]

​

  • Sekolah pendidikan agama di bawah seliaan JHAEINS untuk pelajar-pelajar 7 tahun hingga 12 tahun.

  • Ujian penilaian di beri seperti UPKK dan SRU.

  • Masa persekolahan adalah pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

  • Buku teks dan buku latihan diberi setiap tahun.

Kelas Tuisyen

 

  1. Kelas cepat membaca TEKNIK CAHAYAKU (Karisma Unggul Sdn Bhd)

  • Bahasa Malaysia

  • Bahasa Inggeris (hanya selepas tamat buku BM)

* Kelas diadakan pada setiap hari kecuali ahad.

* Isnin - Jumaat : 2.00 petang - 5.00 petang

* Sabtu : 9.00 pagi - 11.00 pagi  atau  2.00 petang - 5.00 petang

* Masa kelas boleh dipilih mengikut masa seperti di atas sahaja.

 

   2.  Kelas mengaji

  • Al-Quran

  • Iqra' / Al-Barqi 

* Kelas diadakan pada setiap hari kecuali ahad.

* Masa kelas diadakan : 2.00 petang - 5.00 petang  atau  6.30 petang - 8.30 malam

 

   3.  Subjek lain

  • Matematik (Sempoa)

  • Jawi

* kelas diadakan pada setiap hari kecuali ahad.

* Isnin - Jumaat : 2.00 petang - 5.00 petang

* Sabtu : 9.00 pagi - 11.00 pagi  atau  2.00 petang - 5.00 petang

* Masa kelas boleh dipilih mengikut masa seperti di atas sahaja.

 

 

 

Sila Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau boleh tinggalkan feedback anda di sini.

bottom of page